Anchor Communications Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat telekomunikasi yang memberi tumpuan kepada pembangunan dan pengurusan program affiliate bagi perkhidmatan kad SIM serta penyelesaian komunikasi digital. Syarikat ini beroperasi dengan komitmen tinggi terhadap tadbir urus korporat, pematuhan peraturan industri dan piawaian operasi yang profesional.

Jenama kad SIM syarikat, EASTEL, ditawarkan dengan pelan komunikasi yang kompetitif dan direka untuk memenuhi keperluan pengguna moden. Perkhidmatan EASTEL dikuasakan oleh prasarana rangkaian U Mobile, yang menyediakan liputan rangkaian meluas, kestabilan perkhidmatan serta kualiti sambungan yang diyakini di seluruh Malaysia.

Sebagai sebuah entiti yang berdaftar dan berwibawa, Anchor Communications Sdn. Bhd. memiliki Lesen ASP (Application Service Provider) serta Lesen MVNO (Mobile Virtual Network Operator), yang membolehkan syarikat menjalankan operasi telekomunikasi secara sah dan teratur mengikut garis panduan pihak berkuasa berkaitan. Selain itu, program yang dilaksanakan turut diperakui dengan Sijil Pematuhan Syariah, mencerminkan komitmen syarikat terhadap prinsip integriti, ketelusan dan pematuhan kepada garis panduan Syariah.

Komitmen syarikat adalah untuk melahirkan lebih ramai Usahawan Eastelpreneur, dengan menyediakan program pemasaran dengan komisen dan insentif yang menarik, dengan kos permulaan paling rendah dipasaran. Ianya juga memberi peluang kepada pelbagai pihak, sama-ada suri-rumah, pelajar, pemandu e-hailing, pekerja pejabat dan sebagainya untuk menambah satu lagi peluang menjana pendapatan secara pasif. Syarikat juga merancang untuk mempelbagaikan lagi produk selain dari kad SIM prepaid, esim, iot sim, SMEs, postpaid, co-branding, device bundle, micro-lending dan remittance. Segala perancangan ini akan memberi peluang yang lebih luas kepada usahawan yang ingin serius dalam industri telekomunikasi.




EASTEL HQ

Level 15, Mercu Aspire Tower,
No.3, Jalan Bangsar,
KL Eco City 59200, Kuala Lumpur.

online alarm clock

embedding maps in website


© 2026 Bossman Brothers