PANDUAN

Aktifkan SIM


Muat-turun Aplikasi EASTEL

Aplikasi Eastel adalah aplikasi yang membantu memudahkan ahli Eastel untuk menyemak baki, tambah nilai kredit, pembelian pelan, mengurus perniagaan Eastel dan sebagainya. Untuk melakukan proses pengaktifan sila muat-turun aplikasi Eastel di Google PlayStore atau Apple AppStore terlebih dahulu.


(Klik butang dibawah untuk Muat turun)

 

01

Muat Turun Aplikasi Eastel

Klik butang Google Play atau Apple App Store yang diberikan. Muat turun dan install aplikasi..

02

Aktifkan SIM Card

Buka aplikasi Eastel dan pilih pilihan untuk mengaktifkan SIM kad baharu anda.

03

Imbas Barcode SIM

Gunakan kamera telefon untuk mengimbas barcode dan masukkan no. PUK yang ada di belakang SIM.

04

Pilih No. Baru atau Kekal No.Lama

Anda boleh memilih samaada untuk mengekalkan no.lama anda atau memilih no. baru dari senarai yang tersedia. Anda juga boleh memilih 4 digit terakhir yang diingini.

05

Masukkan Maklumat Upline

Masukkan nombor kod rujukan upline/dealer atau scan QR yang diberikan oleh upline/dealer anda.

06

Pengesahan Identiti (MyKad)

Imbas MyKad anda (depan dan belakang) menggunakan kamera telefon untuk pengesahan identiti.

07

Ujian Liveness (Pengesahan Wajah)

Ikuti arahan di skrin untuk mengesahkan wajah anda secara langsung. Pastikan pencahayaan mencukupi.

08

Pendaftaran Berjaya!

Setelah semua langkah selesai, anda akan menerima pengesahan pendaftaran berjaya. SIM Eastel anda kini aktif!


Nota :
  • Setiap pendaftaran SIM Eastel memerlukan penaja.
  • Sila rujuk penaja/dealer anda, jika terdapat sebarang masalah.